Kisah Permulaan Bisnes Saya Di Instagram... Dengan bermodalkan 'RM200' ke '5 Angka Sales' sebulan.

       Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda sejarah permulaan bisnes saya di instagram, dari hanya 'cuba-cuba' tanpa disangka 'meletup-letup'. Siapa taknak kan? Nak tahu strategy yang saya gunakan? Jomlah baca sampai habis...

(Hai, inilah saya ketika artikel ini sedang ditulis. Salam perkenalan!)

       ï»¿Mungkin anda juga seperti saya dulu, ragu-ragu dengan potensi bisnes di Instagram... Yer lah, sebab dah selesa dengan bisnes di Facebook atau di platform lain kan?

       Mungkin juga ada sahabat anda cakap bisnes di Instagram ni lebih senang, tapi bila cuba buat sendiri tak menjadi pun (Sebenarnya tak tahu nak buat apa kan?). Anda buntu dan tercari-cara yang betul untuk buat jualan di Instagram kan?

       Kalau anda dalam situasi ini, artikel ini memang saya tulis khas untuk anda... 

       Bagaimana saya beralih setelah 4 tahun bisnes di Facebook ke platform Instagram. Dari sekadar mencuba, kini jatuh cinta... Cewahhhh!


Siapa kata nak bisnes perlukan modal yang besar?

       Cuma bermodalkan RM 200 seorang, kami masih lagi mampu huru-harakan sales di Instagram kot... hehehe

Idea Tercetus

       Tanpa sebarang pengalaman langsung di platform instagram, tercetus idea untuk bermula hasil dari perkongsian sahabat. Katanya dengan cuma 2000 followers. Beliau dah berjaya untuk buat sales lebih dari RM5,000 di Instagram.

        TerInspirasi dari cerita beliau, Walaupun saya sendiri instgram pun tak pandai guna sebelum ni, saya nekad untuk bermula. 

Apa Yang Saya Buat?

        Dipendekkan cerita, saya ajak beberapa orang sahabat di universiti, kami bermula hanya bermodalkan RM200 seorang. (Bukanlah jumlah yg besar). 

       Dari modal tersebut, kebanyakannya digunakan untuk beli stok dan akhirnya berbaki kurang dari RM200. Dan bajet ini saya simpan untuk marketing. Ya, mmg kecik. Walaupun biasa sifu2 suruh simpan 2-3x dari nilai kos produk untuk promosi shj. 

       Dan walaupun dgn jumlah yg kecil. Sy cuba pastikan agar bajet ini saya dapat gunakan sebaiknya untuk habiskan semua stok yg ada.

       Saya kaji kesemua pesaing yang ada. Tengok apa yg dilakukan oleh igshop2 yg dah berjaya untuk diorg buat sales. Saya kaji & rekod. Dan, kalini tak tunggu lama. Sambil research, saya buat terus & improve apa kekurgn atau peluang yg saya nampak. 


(Bersama King Afiqq, teknik marketing beliaulah antara igshop yang saya kaji sewaktu permulaan)

Alhamdulillah, dengan izin Allah... 

       Berbekalkan semangat dan kerjasama dari team, kami berjaya habiskan stok dalam masa tak sampai 2 minggu.  Dan dari hasil jualan dgn kos pemasaran sebanyak kurang RM200 tadilah kami gunakan untuk scale up bajet iklan & doublekan stock. 

        Masuk shj bulan kedua/ketiga jualan terus meroket. Kemasukan followers lebih kurang 5000 seminggu & terus meningkat. Kadang-kadang lebih dari 2000 followers naik dalam masa sehari.

       BUKANnya FAKE followers. Tapi followers hasil daripada iklan berBAYAR yg kami jalankan. Followers yang datang setelah melihat iklan (gambar produk) dan berminat untuk membeli. Senang cerita REAL & targetted followers.

Bisnes? Mesti ada ujian kan?

        Syukur dgn pencapaian tersebut. Jualan pun sangat diluar jangkaan kami. Malangnya, bila buat team dalam course yg sama, universiti yg sama...

       Masuk shj hujung bulan ketiga, kami slow-downkan segala operasi. Memandangkan assignment bertimbun kena siapkan & final exam yg makin dekat. (Tambahan, sy jenis yg mementingkan akademik. Siapa kenal saya in reallife dia akan tahu mcm mana saya)

Akhirnya...

        Dari naik meroket, kami kehabisan minyak selama hampir 2 bulan. Marketing saya stop. Update akaun instagram pun cuma 1-3 post seminggu. Tapi still order masuk. Cuma nak pergi pos tu dah malas. Yer lah, kelas dari pagi sampai petang. Petang tu pulak sibuk nak presentation/ submit assignment. 

        Dan akhirnya... kami maintain pada jumlah 40,000 followers waktu kami slow down tu.(Tp not badlah 40,000 dalam masa kurg 4 bulan hasil iklan berbayar).

        Dan selepas semua dah habis final exam. Kami sambung semula perjuangan dan bulan kelima, berjaya dapatkan 50,000 followers yang pertama. Kemudian kami stop untuk beri laluan kepada persiapan raya then that's it... kisah saya bersama sahabat di UIA. 

Itulah kisah permulaan saya...

       Siapa kata nak bisnes perlukan modal yg besar. Cukuplah dengan keazaman & action yg tinggi. Semua boleh berjaya. Yang penting kena take action, ingat pesan saya!


(Akaun instagram bisnes saya setakat post ini ditulis)

Saya taknak anda ulang kesilapan saya. Ada hadiah yang saya nak berikan PERCUMA... 

       Sebenarnya, saya telah rangkumkan keseluruhan proses yg kami (diketuai oleh saya) lakukan untuk membangunkan bisnes yg kami develop ini. Dengan kandungan lebih dari 30 video berdurasi lebih dari 3 jam, saya kongsikan dari basic yg penting perlu anda ada sebelum bermula.

       Disebabkan anda sudi membaca perkongsian saya ini sampai ke penghujungnya, saya nak hadiahkan kepada anda 4 Siri Video Percuma bagaimana untuk setup akaun Instagram yang powerfull & step by step untuk anda siapkan terus 1 iklan dengan strategy yang saya gunakan.

 

  • Video 1: Introduction (8 minit 40 saat)
  • Video 2: Strategy Setup Akaun yang Convert (12 minit 01 saat)
  • Video 3: Lubuk Emas Iklan di Instagram (16 minit 42 saat)
  • Video 4: Teknik Penulisan Ayat Iklan SANTAI tapi MEMUKAU! (20 minit 34 saat)
     
     

Semua ini 100% berdasarkan pengalaman sebenar saya sepanjang berniaga di Instagram. Dan teknik inilah yang saya telah kongsikan kepada sahabat-sahabat saya dan melalui teknik yang saya kongsikan ini, ada yang telah berjaya buat jualan sehingga RM4000 dalam 1 malam sahaja...

       Kalau anda pun berminat untuk belajar teknik ini, boleh terus klik link dibawah ini untuk dapatkan terus 4 Siri Video Panduan yang saya sediakan khas untuk anda 100% PERCUMA.

WARNING! Terus dapatkan sekarang tau sebab kuota untuk dapatkan Siri Video Instagram ini akan saya tutup bila-bila masa sahaja. Mungkin saya akan jual pada harga RM27 bila dah cukup kuota yang saya perlukan.

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.